Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Muslim S’pura jaya bukti kemajuan dalam negara sekular: Masagos

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muslim S’pura jaya bukti kemajuan dalam negara sekular: Masagos

Feb 07, 2024 | 07:21 PM



Masyarakat Islam Singapura harus berbangga kerana berjaya membuktikan bahawa mereka mampu berkembang maju dalam sebuah masyarakat sekular, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Beliau, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, menulis demikian dalam satu hantaran Facebook pada 7 Februari selepas Singapura baru-baru ini menganjurkan dan mengambil bahagian dalam Persidangan Fatwa dalam Masyarakat Kontemporari 2024 di Hotel Park Royal di Beach Road.

Persidangan itu, yang berlangsung selama dua hari dari 2 hingga 3 Februari, dihadiri cendekiawan agama antarabangsa, yang memberi tumpuan kepada pendekatan fatwa dan pendekatan antara disiplin yang diambil untuk menghasilkan fatwa dengan cara yang terbaik.

“Pertukaran idea ini amat bermanfaat bagi para asatizah dan ulama kita dalam memastikan huraian progresif bagi masyarakat Islam di tengah-tengah cabaran yang semakin meningkat. Acara itu juga membolehkan Singapura mempamerkan model masyarakat yang berjaya pada skala global,” ujar Encik Masagos.

Hantaran Facebook Encik Masagos juga dilampiri satu video ringkasan yang memaparkan acara kemuncak persidangan itu, termasuk pengumuman inisiatif Projek Makmal Fatwa, yang dirintis pada Oktober 2023.

Antara lain, daya usaha Makmal Fatwa berusaha mendalami pengetahuan dan penyelidikan lanjut ke dalam bidang baru seperti kecerdasan buatan (AI), teknologi makanan dan kemampanan serta alam sekitar.

Makmal Fatwa juga merupakan satu wadah bagi ulama, pakar, dan penyelidik untuk membincangkan, menganalisis dan bekerjasama dalam isu sosioagama baru.

Menurut laman web Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), tema Makmal Fatwa mungkin berubah dari masa ke semasa, bergantung kepada jenis cabaran yang perlu ditangani. Namun, Makmal Fatwa akan mengutamakan tema Teknologi Makanan, Kewangan, Teknologi Perubatan dan AI.

Selaras dengan tujuan Makmal Fatwa, ucapan pembukaan Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir pada hari pertama persidangan itu, yang dimasukkan dalam hantaran Encik Masagos, juga menekankan kepentingan kerjasama dalam isu-isu baru.

“Ia ialah peringatan yang kuat bahawa kita mesti bersedia dan menerima kenyataan baru. Beberapa realiti baru memerlukan perubahan kecil tetapi terdapat beberapa realiti lain yang memerlukan perubahan ketara dalam pemikiran dan pendekatan kita,” ujar Dr Nazirudin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat, turut hadir di hari pertama persidangan itu.

“Yang penting, pemimpin agama Islam kita juga telah memainkan peranan penting dalam membimbing masyarakat melalui masa yang mencabar, dan bertindak balas kepada isu rumit dalam konteks kepelbagaian budaya Singapura,” kata Encik Heng dalam ucapan pembukaannya.

Ini kali kedua Singapura menjadi tuan rumah persidangan itu, yang kali pertama diadakan di sini pada 2017.

Persidangan dua hari itu bertujuan mempamerkan bagaimana pengeluaran fatwa kontekstual boleh membangunkan pemerkasaan intelektual dan etika dalam kalangan umat Islam.

Bertemakan ‘Memperkasa Masyarakat Islam Masa Depan Melalui Fatwa’, persidangan itu juga menggambarkan bagaimana institusi fatwa boleh berdaya tahan dan memberikan bimbingan agama dengan bersikap tegas dan bekerjasama dengan pakar di luar sektor agama.

Antara topik yang dibincangkan pada persidangan itu termasuk evolusi fatwa dalam konteks kontemporari.

Mufti Besar Mesir, Dr Shawki Ibrahim Abdel-Karim Allam, yang berkongsi tentang topik itu berkata:

“Kita semua bersetuju bahawa Singapura ialah negara yang indah walaupun kita dapati begitu banyak kaum, begitu banyak bahasa dan begitu banyak perbezaan antara seluruh rakyat Singapura. Mereka bersatu dalam cinta dan dedikasi mereka kepada negara yang dirahmati ini.”

Topik lain dibincangkan termasuk mereka bentuk pendekatan kolaboratif dan antara disiplin dalam membangunkan fatwa bernuansa dan kontekstual.

Setiausaha Agung Akademi Fiqh Antarabangsa, Dr Koutoub Moustapha Sano, yang berkongsi tentang topik itu berkata: “Umat Islam di seluruh dunia berbangga dan amat berbesar hati melihat kejayaan dan kemajuan yang Muis telah capai dan membawa imej baik Islam.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >