JAKARTA: Pemerintah Indonesia telah menghentikan pengagihan bantuan beras ke serata negara mulai 8 Februari kerana didakwa pentadbiran Presiden, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, menggunakan langkah itu bagi memujuk orang ramai supaya mengundi calon presiden, Encik Prabowo Subianto.
Ketua Agensi Makanan Negara (Bapanas), Encik Arief Prasetyo Adi, berkata langkah memberhentikan sementara pengagihan itu dimulakan dari 8 hingga 14 Februari bagi menyangkal dakwaan...





