Singapura akan menghantar pakej bantuan kemanusiaan ketiga ke Gaza semasa Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan mengadakan lawatan ke Amman, Jordan, dari 16 hingga 17 Mac.
Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) akan bekerjasama dengan Angkatan Bersenjata Jordan untuk menghantar bantuan kecemasan di kawasan konflik Israel-Palestin, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada 15 Mac.





