Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA) telah menyumbang $10,000 kepada Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) bagi bantuan di Gaza.
Cek derma itu disampaikan semasa majlis iftar tahunan bersama penghuni Rumah Anak Yatim Darul Ihsan MTFA pada 22 Mac, ujar MTFA dalam satu kenyataan. Ia disampaikan presiden MTFA, Encik Abdul Rahman Mohd Hanipah, kepada pengurus kanan RLAF, Encik Toy-yib Abu Hurairi.





