Hubungan cinta antara pasukan Singa dengan peminat mereka kembali hangat sejak minggu lalu, dengan kapten pasukan negara, Hariss Harun, mengakui bahawa dua perlawanan terakhir menentang China membantu “menyemarakkan semula” hubungan yang dingin selama 14 bulan.
Di bawah bimbingan jurulatih baru Tsutomu Ogura, pasukan bola sepak negara membuat penyokong mempunyai sebab untuk bersorak riang melihat persembahan Singapura menentang China.





