Lapan warga Singapura merupakan antara 71 warga asing yang diselamatkan oleh pihak berkuasa Taiwan selepas mereka terperangkap di Hualien semasa gempa bumi berukuran 7.4 magnitud melanda Taiwan pada 3 April.
Selain warga Singapura, mereka yang diselamatkan termasuk 25 dari Jerman, tujuh dari Switzerland, tiga dari Canada, tiga juga dari Perancis, dua dari Australia dan dua dari Hungary.





