Pemberhentian pekerja di Singapura terus mencatatkan penurunan untuk suku kedua berturut-turut manakala prospek pengambilan pekerja bertambah baik, menurut data awal pasaran buruh suku pertama yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 30 April.
Perangkaan tersebut juga menunjukkan jumlah tenaga kerja meningkat sebanyak 4,900 pada suku Januari hingga Mac, turun daripada 7,500 pada suku sebelumnya.





