JAKARTA: Beribu-ribu penunjuk perasaan turun ke jalan raya pada Hari Pekerja pada 1 Mei, menuntut pemansuhan Undang-undang Penciptaan Pekerjaan penuh kontroversi yang dikatakan telah merendahkan hak dan perlindungan pekerja.
Kira-kira 50,000 pekerja dilaporkan menyertai perarakan itu di Jakarta, manakala ribuan yang lain menghadiri perhimpunan serupa di Bandung, Jawa Barat; Semarang, Jawa Tengah; Surabaya, Jawa Timur; Makassar, Sulawesi Selatan; serta Aceh...





