Dengan pengalaman menguruskan ibadah korban melebihi 30 tahun, Pergas, melalui anak syarikatnya, Pergas Investment Holdings (PIH), pada tahun 2024 ini menawarkan korban di 10 tempat berbeza. Tempat yang dipilih adalah berdasarkan keperluan yang tinggi oleh penduduk negara tersebut.
Selama lima tahun berturut-turut, PIH telah menawarkan daging korban kepada pelarian Syria atau Palestin di kem pelarian di Lebanon. Korban itu dijalankan...





