Selepas permulaan yang mengagumkan dalam kerjaya profesionalnya, cita-cita pemain golf Singapura, Shannon Tan, menerima dorongan kuat setelah menandatangani kerjasama beberapa tahun bersama bank swasta sejagat, EFG International, yang berpangkalan di Switzerland pada 24 Mei.
Kerjasama itu akan memberi pemain berusia 20 tahun itu, yang merupakan warga Singapura pertama bertanding dalam Jelajah Eropah Wanita (LET), sokongan kewangan lantas membantu menggapai impiannya...





