Muzik nostalgia malar segar bakal berkumandang di persembahan muzikal, Muzikita: Gema Legenda, anjuran Wisma Geylang Serai.
Mari imbas kembali zaman kegemilangan muzik Melayu dengan hit legenda dan ikonik dengan persembahan oleh tiga kumpulan seni Melayu – Sri Mahligai yang bakal memberi penghormatan kepada penggubah lagu popular dari Malaysia, Allahyarham Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah; Sriwana dan...





