Tonton persembahan muzik Melayu nostalgia, berdayung waktu malam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tonton persembahan muzik Melayu nostalgia, berdayung waktu malam

Jun 6, 2024 | 11:48 AM

Tonton persembahan muzik Melayu nostalgia, berdayung waktu malam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kumpulan seni Melayu, Sri Mahligai (gambar) bersama Sriwana dan Nobat Kota Singa bakal mendendangkan lagu-lagu legenda Melayu di persembahan ‘Muzikita: Gema Lagenda’.
Kumpulan seni Melayu, Sri Mahligai (gambar) bersama Sriwana dan Nobat Kota Singa bakal mendendangkan lagu-lagu legenda Melayu di persembahan ‘Muzikita: Gema Lagenda’. - Foto INSTAGRAM SRI MAHLIGAI

Muzikita: Gema Legenda

Muzik nostalgia malar segar bakal berkumandang di persembahan muzikal, Muzikita: Gema Legenda, anjuran Wisma Geylang Serai.

Mari imbas kembali zaman kegemilangan muzik Melayu dengan hit legenda dan ikonik dengan persembahan oleh tiga kumpulan seni Melayu – Sri Mahligai yang bakal memberi penghormatan kepada penggubah lagu popular dari Malaysia, Allahyarham Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah; Sriwana dan Nobat Kota Singa yang akan memberi penghormatan kepada penyanyi yang dikenali sebagai ‘permaisuri keroncong’, Allahyarhamha Kartina Dahari.  

Tarikh: 8 dan 15 Jun

Waktu: 8 malam hingga 9 malam

Tempat: Persada Budaya, Wisma Geylang Serai

Masuk percuma

Pameran bergerak ‘Tiny Island, Many Stories’

Anda fikir anda tahu kisah di sebalik nama Singapura dan bagaimana tertubuhnya negara ini? Mari menimba ilmu dan mengetahui naratif menarik di sebalik mercu tanda terkenal serta ketahui kisah legenda seperti Sang Nila Utama dalam pameran bergerak, Tiny Island, Many Stories (Pulau Kecil, Pelbagai Cerita), anjuran Taman Warisan Melayu.

Pameran bergerak itu yang memaparkan sejarah, budaya dan nilai masyarakat Melayu kini berada di perhentian pertamanya iaitu di Pusat Fort Canning.

Kunjungi pameran bergerak itu dari 25 Mei hingga 25 Jun sebelum ia beralih ke Perpustakaan Awam Punggol dan Wisma Geylang Serai.

Tarikh: 25 Mei hingga 25 Jun

Waktu: Setiap hari, 7 pagi hingga 7 malam

Tempat: Pusat Fort Canning

Masuk percuma

Acara dayung bot naga pada waktu malam, ‘Glow Paddle’

Siapa kata anda hanya boleh melakukan kegiatan mendayung bot naga pada siang hari? Persatuan Rakyat (PA) telah melancarkan acara Glow Paddle, berdayung bot naga pada waktu malam, buat julung-julung kalinya sempena sambutan ulang tahun ke-50 Passion Wave pada 1 Jun di PAssion Wave @ Marina Bay.

Orang ramai berpeluang mencuba Glow Paddle sepanjang cuti sekolah Jun ini. Mereka boleh mendayung bot naga di kawasan Marina Bay berlatarbelakangkan seni pemasangan bercahaya mampan i-Light 2024 dan latar langit malam Singapura yang menakjubkan.

Sesuai untuk mereka yang berusia 12 hingga 70 tahun dan mempunyai keyakinan air dengan bantuan alat pelampung peribadi.

Layari laman web, https://go.gov.sg/ig-pw50, untuk membuat pendaftaran.

Tarikh: 8, 16 dan 23 Jun

Waktu: 5 petang hingga 10 malam

Tempat: PAssion Wave @ Marina Bay

Ahli Kad PAssion: $30 setiap seorang, Bukan ahli: $45 setiap seorang

Musim Kanak-Kanak di Muzium Tamadun Asia (ACM): ‘Siding Spring and Plains of Notation’

Teroka arca abstrak di Muzium Tamadun Asia (ACM) Green, yang menyaksikan pemasangan seperti bingkai, pintu, motif dan corak rumit.

Ia merupakan antara objek yang dipamerkan di ACM sempena sambutan musim kanak-kanak.

Seni pemasangan itu bertajuk, Siding Spring and Plains of Notation, dan ia menjemput anda mengesan corak, merenung melalui portal dan mencipta bunyi sambil bergerak antara bentuk untuk meneroka sambil bermain.

Seni pemasangan itu direka oleh Hazel Lim-Schlegel dan Andreas Schlegel, dengan tambahan idea daripada anak perempuan mereka, Hanna Schlegel.

Tarikh: Sekarang hingga 23 Jun

Waktu: Setiap hari, 10 pagi hingga 7 malam

Tempat: ACM Green, Muzium Tamadun Asia

Masuk percuma

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg