Parti Tindakan Rakyat (PAP) mahu melibatkan diri dengan lebih ramai warga Singapura, berkomunikasi dengan lebih baik dan mengatur kegiatan parti dengan lebih jitu, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Ini sebahagian kemas kini yang diberikan setelah parti pemerintah itu melalui penyegaran semula yang dikenali sebagai ‘Refresh PAP’ sepanjang tempoh enam bulan lalu yang dipimpin Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee...





