ROMPIN (Pahang): Empat terbunuh manakala 35 lagi cedera dalam nahas membabitkan rombongan sekumpulan guru selepas sebuah bas membawa 39 penumpang dari Melaka ke Terengganu terbalik dalam kemalangan bersama sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat, dekat Rompin, Pahang.
Mangsa yang maut adalah Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka, Allahyarham Hasnatul Adilah Hassan, 48 tahun; guru sekolah berkenaan, Allahyarham Dahlia...





