Beberapa bank termasuk Citigroup dan DBS Group Holdings, yang terbabit dalam skandal pengubahan wang haram terbesar Singapura, kini meningkatkan pemeriksaan terhadap semua pelanggan kaya dan bakal pelanggan kaya masing-masing, untuk mengelakkan daripada terlibat dalam aliran wang haram.
Beberapa sumber yang mengetahui perkara tersebut berkata pegawai bank di beberapa institusi kini turut menjalani latihan tambahan untuk membantu mereka mengesan helah penjenayah...





