Hey... dengar sini Kamu, kamu dan kamu Bakal pelapis jangan ditepis
Hey..dengar sini Dia, dia dan dia Bakat diisi sudah diganti Luputkan sangsi
Hey... dengar sini Kamu, kamu dan kamu Bakal pelapis jangan ditepis
Hey..dengar sini Dia, dia dan dia Bakat diisi sudah diganti Luputkan sangsi
Pendekatan terhadap penjagaan kencing manis adalah dengan memperkasakan individu mengurus kesihatan mereka dan menangani risiko berkaitan berat badan dan gaya hidup pada peringkat awal.
Ini di samping menyokong keredaan penyakit (remission) jika mampu dan memastikan pesakit yang mempunyai keperluan lebih rumit mendapat akses kepada penjagaan pakar yang diselaraskan, kata Pengerusi NHG Health, Encik Tan Tee How.
Beliau berkata: “Matlamat lebih...
Pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan di bawah Pos Kesihatan Masyarakat (CHP) akan diperluaskan kepada kakitangan, sukarelawan dan lembaga pentadbir masjid pada 2027, bermula dengan Masjid Darul Makmur di Yishun dan Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio.
Dalam satu kenyataan oleh NHG Health pada 30 November, langkah ini adalah sebahagian daripada komitmen lebih luas oleh kelompok penjagaan kesihatan awam itu untuk menjangkau...
Sungguhpun rakyat Singapura kian mengamalkan tabiat atau gaya hidup yang lebih sihat, jumlahnya masih tidak mencukupi, kata Pengerusi NHG Health, Encik Tan Tee How.
Menurut beliau, hal ini membimbangkan, terutamanya memandangkan rakyat Singapura dijangka menghabiskan lebih sedekad daripada hayat mereka dengan menghidap penyakit atau hilang daya keupayaan.
Encik Tan sedang merujuk kepada jurang tempoh kesihatan atau healthspan gap bagi penduduk...
Jaringan tunggal perlawanan pemain tengah Tampines, Shah Shahiran, pada separuh masa kedua sudah memadai untuk menghadiahkan kemenangan tipis 1-0 buat Tampines Rovers ke atas Jurong FC dalam saingan Liga Perdana Singapura (SPL) di Our Tampines Hub pada 29 November.
Keghairahan Tampines untuk memburu kemenangan jelas terserlah apabila Naberu Yoshitaka menguji penjaga gawang Jurong, Hassan Sunny seawal 20 saat selepas wisel...
Edisi ketiga ‘Semarak Seni Silat Singapura’ (SSSS) 2026 menghimpunkan 25 pertubuhan silat dalam pertandingan silat tradisional terbesar di Singapura, sekali gus menggandakan jumlah penyertaan kepada lebih 400 pesilat.
Ini berbanding penyertaan lebih 200 pesilat daripada 20 pertubuhan silat pada 2025.
Dilancarkan pada 2023, pertandingan itu bertujuan melestari dan meraikan seni silat tradisional Melayu, di samping mengeratkan hubungan antara pelbagai perguruan...





