Sekurang-kurangnya lima saksi pendakwaan tampil memberi keterangan terhadap seorang lelaki yang didakwa menyebar doktrin yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
Mohd Razif Radi, warga Singapura berusia 66 tahun, dibicarakan bagi satu pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di bawah Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) kerana menyebar ajaran yang bertentangan dengan undang-undang Islam.





