SEORANG pembantu rumah yang melepaskan geram terhadap ibu majikannya yang sudah tua dengan mencederakannya lebih 20 kali telah dipenjara 12 bulan hari ini, Rabu.
Sulastri Sakiran Sumadi, 37 tahun, telah menyimpan dendam terhadap majikannya kerana satu pertelingkahan pada Februari tahun lalu.






