SEORANG maut dan tujuh lagi cedera akibat kebakaran yang berlaku di pekarangan sebuah firma pembuatan gas di kawasan perindustrian Jurong pagi semalam.
Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan tengah hari semalam, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.30 pagi dan mengerah empat kereta bomba, dua Red Rhino (kenderaan ringan pemadam api yang mudah bergerak di ruang...





