SALAH seorang penumpang kereta yang merempuh hadangan keselamatan dekat Hotel Shangri-La bulan lalu telah dikenakan tuduhan bersubahat memaksa pemandu kereta itu supaya melakukan tindakan terburu-buru hingga membahayakan keselamatan dua pegawai polis.
Muhammad Syahid Mohamed Yasin, 26 tahun, dituduh memberi arahan "jalan-jalan" kepada pemandu kereta merah Subaru Impreza itu, Mohamad Taufik Zahar, 34 tahun.





