Kawasan Geylang Serai bermandikan cahaya berwarna-warni sekali lagi tahun ini dengan menjelangnya Ramadan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, bazar Hari Raya di Geylang Serai dan bazar lain di serata Singapura akan menyambut kedatangan orang ramai yang akan sibuk membeli-belah bagi persiapan Hari Raya ataupun mencari juadah berbuka puasa. Tahun ini, kawasan Tampines turut diterangi cahaya gemerlapan dengan hiasan Lampu Hari Rayanya bagi...





