KARACHI: Cuaca panas terik dan gelombang haba yang melanda Pakistan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 122 orang, kata pegawai kesihatan negara itu hari ini.
"Sejak Sabtu, 114 orang telah terkorban di Karachi dan lapan lain (terkorban) di tiga wilayah di Sindh," kata setiausaha kesihatan setempat, Encik Saeed Mangnejo kepada agensi berita AFP.






