Aduhai Kampong Bahru kulintasi setiap kali ke timur pulau bagai filem lama ditayang kembali aku membawa botol kosong membeli minyak masak memberi telur sebiji kepada mama menggoreng mi gunting rambut sebulan sekali 50 sen diberi upah pencari rezeki ke hutan mencari labah-labah membakar gajus enak rasanya.
Aduhai Kampong Bahru mengimbas nostalgia menjemput ketenangan Kampong Bahru namamu diabadi tenang menjadi sibuk...






