BRISBANE (Australia): Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, mencapai impiannya memiliki trak 'Mack' termahal di dunia, pada majlis penyerahan yang diadakan di King George Square di pusat perniagaan Brisbane, kelmarin.
Trak mewah itu mengambil masa setahun untuk disiapkan di ibu pejabat pengeluar Wacol, di barat daya Brisbane.






