DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) akan menyusun semula sekretariatnya dengan menubuhkan sebuah divisyen khusus untuk perkhidmatan keanggotaan.
Ini sejajar dengan tumpuannya untuk memberikan bantuan lebih baik di samping memasarkan khidmatnya dengan lebih berkesan kepada para anggota.





