PEGAWAI polis akan menggunakan kad waran baru mulai esok.
Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata, selain dari reka bentuk kad yang baru, ciri-ciri keselamatan bagi mencegah penipuan identiti telah dipertingkatkan bagi mengelak mereka yang cuba menyamar sebagai pegawai polis.






