DR Tan Cheng Bock, yang tewas dalam Pilihan Raya Presiden 2011, dijangka mengumumkan esok tentang kemungkinan beliau bertanding lagi pada 2017.
Mantan Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi Ayer Rajah dari 1980 hingga 2006 itu kalah dalam pilihan raya 2011 kepada Presiden Tony Tan Keng Yam dengan 7,382 undi, iaitu 0.35 mata peratusan, dalam pertandingan empat penjuru.





