BAGAIMANA Geylang International gagal menjaringkan gol dan memungut tiga mata semasa menentang Albirex Niigata pada 10 Mac di Stadium Bedok kekal satu misteri.
Ia mencipta sekurang-kurangnya enam peluang gol keemasan sepanjang perlawanan, termasuk tandukan kencang Faritz Hameed yang berjaya diselamatkan Yosuke Nozawa dalam separuh masa kedua.





