KUALA LUMPUR: Pemain dram kumpulan Lefthanded yang dikenali dengan nama Man Dayak, meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam tadi selepas mengadu sesak nafas.
Vokalis kumpulan itu, Nash, ketika dihubungi BH Online, memberitahu Allahyarham Man Dayak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Othman, 54 tahun, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.





