ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) meraikan dua mediknya kerana menjawab panggilan tugas semasa keluar bersama rakan-rakan mereka baru-baru ini.
Dalam satu pos di halaman Facebook Singapura Army pada Ahad (14 Feb), SAF menyebut kisah sarjan ketiga (3SG) Dinie Afiq dan Zulfadli yang membantu seorang wanita tua berhampiran stesen MRT Yishun pada 6 Feb.





