LONDON: Harry Kane menjaringkan dua gol apabila Tottenham Hotspur terus mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester, dengan mengalahkan Bournemouth 3-0 pada Ahad (20 Mac).
Kane mengambil masa hanya 44 saat untuk membuka jaringan di White Hart Lane dan penyerang Tottenham itu menjaringkan gol lagi 15 minit kemudian.





