JAKARTA: Indonesia membebaskan pada Isnin (9 Mei) sebuah kapal yang dirampas oleh lanun di luar pantai pulau Borneo dan menahan sembilan suspek terlibat dalam rampasan itu, kata seorang jurucakap tentera laut.
Seramai 20 anak kapal dan seorang penumpang di atas kapal itu tidak tercedera semasa operasi tersebut, kata jurucakap tentera laut, Laksamana Pertama Edi Sucipto, dalam satu kenyataan.





