SEORANG pekerja pemasaran Internet dihadapkan ke mahkamah pada Selasa (12 April) dengan tiga tuduhan menyampaikan rekod elektronik mengandungi hasutan keganasan.
Chia Choon Kiat, 40 tahun, dikatakan menyiarkan di Facebook antara 2 dan 5 Feb pos terdiri daripada pautan ke sebuah artikel berita Straits Times.com mengenai kematian seorang budak lelaki berusia 14 tahun dan komennya.





