NEW YORK: Kei Nishikori mengejutkan Andy Murray untuk mara ke separuh akhir kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat, dan kini memerlukan hanya dua kemenangan untuk menjadi pemain Asia pertama menjuarai Grand Slam perseorangan.
Bintang Jepun berumur 26 tahun itu bangkit secara dramatik untuk menang 1-6, 6-4, 4-6, 6-1, 7-5 ke atas Murray, pemenang Wimbledon dan Sukan Olimpik serta juara Terbuka Amerika...






