SEORANG rakyat Singapura telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam aktiviti berkaitan pengganas, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (MHA) hari ini.
Zulfikar Mohamad Shariff, 44 tahun telah ditahan di bawah akta itu Julai tahun ini kerana terlibat dalam aktiviti berkaitan pengganas.






