SEBAGAIMANA meriah sambutan majlis perkahwinan hos dan mantan deejay popular, Syah Ibrahim, ketika bersanding dengan isterinya, Cik Ana Wahyuni Muhammad Rousdy, dua tahun lalu, begitu jugalah keadaannya ketika meraikan kelahiran anak pertama mereka.
Ratusan tetamu memenuhi ruang The Orange Ballroom di Tanjong Katong Complex, dari 9 pagi hingga tengah hari semalam untuk acara majlis maulid dan akikah puteri sulung pasangan...






