SRIKANDI mendayung negara, Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee, meneruskan impian Olimpiknya apabila turun beraksi di pusingan suku akhir acara perseorangan 'sculls' di temasya Sukan Olimpik Rio sekitar 9 malam ini (waktu Singapura).
Kejayaan muncul sebagai peserta ke-16 terpantas di pusingan saringan serta pengalaman mengharungi cabaran air yang bergelora di Lagun Rodrigo de Freitas tentunya menjadi perangsang kepada Aisyah untuk meneruskan pencapaian...





