MUNICH: Atletico Madrid mara ke final Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam tiga musim pada Selasa (3 Mei), melalui gol di tempat lawan selepas kekalahan 2-1 di Bayern Munich, dengan kedudukan agregat terikat 2-2.
Atletico akan berdepan sama ada Real Madrid, yang mengalahkan mereka dalam perlawanan akhir 2014, atau Manchester City, yang akan bertemu dalam separuh akhir kedua pada Rabu.






