LONDON: Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol apabila Manchester United menewaskan Bournemouth 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama Jose Mourinho sebagai pengurus pada Ahad (14 Ogos), manakala Liverpool menewaskan Arsenal 4-3.
Juan Mata dan kapten Wayne Rooney juga menepati sasaran di Bournemouth ketika United mencatat kemenangan mudah yang meletak mereka di atas liga selepas pembukaan musim ini hujung minggu lalu.





