PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama rapat dengan polis untuk mengesan pemilik telefon bimbit yang digunakan untuk meletupkan bom dalam pengeboman di Thailand baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan pada Ahad (14 Ogos), MCMC berkata ia akan bekerjasama rapat dengan polis dan agensi relevan lain bagi mengesan pemilik itu mengikut nombor siri telefon tersebut.





