PRESIDEN ke-6 Singapura, Encik S R Nathan, telah meninggal dunia pada 9.48 malam tadi. Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun.
Encik Nathan, yang merupakan presiden paling lama menjawat jawatan tertinggi negara, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.






