MENTERI Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, telah menemui Menteri Ehwal Dalam Negeri Bangladesh, Encik Asaduzzaman Khan Kamal, semasa lawatannya ke Bangladesh.
Lawatan itu berlangsung pada 24-26 Oktober.
MENTERI Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, telah menemui Menteri Ehwal Dalam Negeri Bangladesh, Encik Asaduzzaman Khan Kamal, semasa lawatannya ke Bangladesh.
Lawatan itu berlangsung pada 24-26 Oktober.
Sekitar 45 syarikat sedang disiasat Kementerian Tenaga Manusia (MOM) kerana disyaki melakukan kesalahan melibatkan pas kerja, termasuk membuat pengisytiharan palsu dan menempatkan pekerja asing secara tidak sah.
Dalam satu kenyataan media pada 2 November, MOM memaklumkan bahawa pihaknya telah mengenal pasti sekitar 270 pekerja, yang digaji oleh kontraktor dan subkontraktor penyedia perkhidmatan darat lapangan terbang, Sats, yang mana penempatan mereka...
KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen daripada pelbagai parti politik mempersoalkan kebebasan dan ketelusan siasatan Kerajaan Malaysia terhadap dakwaan ‘mafia korporat’, dengan gesaan supaya siasatan bebas dijalankan.
Ahli Parlimen (AP) Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mempersoalkan kegagalan kerajaan mendedahkan hasil siasatan awal berhubung kegiatan ‘mafia korporat’ meskipun perkara itu pernah diumumkan pada Februari lalu.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) memperuntukkan $30 juta bagi membantu syarikat insurans membina kepakaran melabur dalam projek utama seperti grid elektrik dan pusat data.
Bank pusat itu turut mencadangkan pengurangan modal yang perlu disediakan bagi pelaburan tertentu berdasarkan tahap risikonya.
Pelan induk dan rangka tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Singapura dan Malaysia semasa Rahat Pemimpin tahunan pada Disember seperti yang dirancang.
Edisi 2026 Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia itu, yang ke-13 diadakan, dijadual berlangsung di Malaysia.
Sebilangan kios daftar masuk layan diri di Lapangan Terbang Changi mengalami gangguan sementara pada pagi 2 November, menyebabkan terminal tidak dapat memproses urusan daftar masuk sendiri mahupun mencetak pas masuk penerbangan penumpang.
Changi Airport Group (CAG) memaklumkan bahawa masalah itu timbul sekitar 8.30 pagi “susulan gangguan global pada sistem Pemprosesan Awal Penumpang (APP)”.





