PENGENDALI pelabuhan pelbagai guna Pelabuhan Jurong telah melancarkan akademi latihan baru bagi meningkatkan kemahiran pekerja pelabuhan.
Dibuka pada Jumaat (20 Jan), Akademi Pelabuhan Jurong di Institut Devan Nair bagi Pekerjaan dan Kebolehgajian (e2i) di kawasan Jurong Gateway adalah sebahagian daripada usaha Pelabuhan Jurong "mewujudkan tenaga kerja yang sedia untuk masa hadapan".





