JOHOR BAHRU: Pemandu wanita berusia 22 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal dalam kejadian pada 18 Februari lalu.
Pemandu wanita itu didakwa mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.





