PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh kedua-dua adiknya, Dr Lee Wei Ling dan Encik Lee Hsien Yang, berhubung soal rumah 38 Oxley Road yang diduduki bapanya, juga mantan perdana menteri Lee Kuan Yew, sebagai "tidak berasas sama sekali".
Disebabkan itu, beliau tidak mempunyai pilihan selain membawa isu ini ke parlimen dan menyanggah setiap tuduhan yang dilemparkan...





