PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata beliau tidak memperdayakan bapanya mediang Lee Kuan Yew dan membuat beliau percaya bahawa rumah keluarganya di Oxley Road itu telah diwartakan.
PM Lee menyatakan demikian sebagai respons kepada dakwaan terbaru adik-beradiknya, Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling, bahawa beliau menyalahguna kuasanya dengan menghalang langkah untuk merobohkan rumah 38 Oxley Road itu...





