Dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada Cik Halimah Yacob, usahawan Encik Farid Khan turut mengucapkan terima kasih kepada para penyokongnya atas galakan mereka.
"Meskipun saya mungkin tidak berpeluang bertanding dalam Pilihan Raya Presiden, saya rasa seakan telah meraih pengalaman bermakna dan ini mungkin sebab saya berasa bak satu kemenangan hari ini.






