Pernahkah kita warga dunia bertanya mengapa mereka bagaikan terus terkunci diri dalam kamar sunyi teraba-raba dalam ruang gelap-gelita lentera dimatikan dengan sengaja bukannya terputus bekalan tenaga melangkah keluar menjenuhkan sahaja kerana kehilangan kunci entah ke mana letaknya dan ada orang-orang di luar sana tak akan mudah dan tidak mahu mengerti bahasa sepi yang mengusik hati jeritan tidak lagi diendahkan rintihan...






