ENAM belia diberi penghargaan berupa Anugerah Pujian Khas atas pencapaian cemerlang bersejarah mereka di majlis Anugerah Pencapaian Khas bagi Kecemerlangan (Bukan Akademik) semalam.
Mereka ialah pendaki, Cik Yusrina Ya'akob; petinju, Encik Muhd Ridhwan Ahmad; pelumba kereta (sukan motor), Encik Daim Hishamuddin; pesilat, Encik Sheik Farhan Sheik Alau'ddin; peluncur ais laju, EncikFaliq Shazrin Alwi dan Encik Muhd Aymeric Nadim Hamblee.






