PERSOALAN yang ditimbulkan berkenaan pilihan raya presiden adalah 'boleh difahami', kata Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam, memberikan pendapat positif tentang keprihatinan yang disuarakan sebahagian pihak awam.
"Adalah menggalakkan, bahawa orang prihatin tentang perkara ini, dan mereka mahukan kaum menjadi perkara yang lebih kecil di masa depan," kata Encik Tharman, di sebuah dialog di Universiti Teknologi nanyang (NTU) kelmarin.






